28 dec 2012 pegi sekolah adam utk hari orientasi dan beli buku. Alhamdulillah Adam seronok dgn sekolah baru ni. Ada 3 org kawan boy Adam dari tadika Adam. Seronok dia bila jumpa dan main2 dengan kawan
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 20, 2012
Puisi buat Ratu Jiwa
Bila sedikit dicukup -cukupkan
Bila banyak tidak jadi lebih-lebih
Bila tiada tidak pernah meminta
Bila melihat kurang
Ditambah pula
Biar pun dia tidak pula banyak ada
Bila dengar yang buruk
Disorok sorokkan
Bila dengar yang baik
Dicanang-canangkan
Bila dengar yang kurang
Ditukar jadi yang sempurna
Tuturnya penuh hikmah
Dalam humor masuk ke jiwa
Dalam ketawa ada isinya
Dalam senda ada ikhlasnya
Dalam biasa-biasa
Dia istimewa
Dalam kerendahan dirinya
Tinggi jiwanya
Dalam santai bicaranya
Kaya maksudnya
Dalam seluruh yang ada
Dia anugerah
Bersemadilah di dalam redhaNya dengan tenang.
Dikau pergi
19 dec 2013 ,5 Safar1434 . Ibu mertuaku meninggal. Terasa sangat dengan pemergiannya yg tiba2. Semakin bertambah usia perkahwinanku semakin bertambah sayangku pada ma dan semakin banyak ku kenali ma. Keikhlasan, ketulusan hatinya, kasih sayangnya pada anak2nya dan cucu2nya. Setiap kata2 nya sering sarat dengan nasihat,sering ditutur dalam humornya. Ma telah mengisi satu ruang yang besar di dalam hatiku. Bila dia tiada lagi ku rasa sepi.
Saturday, December 8, 2012
Playdoh
Pagi tadi umi ke school utk student registration. Balik rumah baba pulak keluar pergi kerja. Sibuknya parents sekarang cari pitis. Haha.
Petangnya umi bawak anak2 shopping kat satu kedai favourite diorang. Apa lagi kemain seronok diorang. Boleh pilih sendiri nak barang apa. 2sorang lagi! Kedai ni barang2nya murah . Mainan mostly rm 2 ke rm3 satu barang. Tu umi kasi jer diorang ambil yg mana2 pun. Kalau tak maunya umi check satu2 dulu harganya sebelum approve. Haha. Anak2 pon tak kisah mahal ke murah janji diorang suka benda tuh. Tambah lagi boleh pusing2 pilih sendiri. Mainan pon banyak jugak choice kat sini.
Bila semua dah settle on the way sebelum sampai rumah singgah Petronas . Aqil nak aiskrim. Belikan juga roti sosej favourite Adam dan Alya.
Sampai rumah. Semua kata happy. Sekarang semua tgh main dgn playdoh yang beli tadi. Umi relax2 atas kerusi. Satu hari yg simple je tapi menggembirakan bagi anak2. Alhamduillah
Thursday, December 6, 2012
Training
Alhamdulillah habis hari pertama training Standard of Procedure. Seronok sgt sbb banyak benda baru yg umi belajar. Actually training ni utk principal dan owner yg baru buka tadika tp alhamdulillah umi diberi kepercayaan oleh principal utk attend training nih.
Selain ilmu yg diturunkan oleh founder LC, umi kenal 2 org principal ni yg ceritanya memberi inspirasi pd umi
Sorg umur 23 tahun baru buka setahun.students 100 org dan bercadang utk membuka satu lg branch. Mendapat support dari ayahnya sendiri yg running smart reader kids. Nampak very confident walaupun sgt muda dan tak byk experience.
Sorang lagi 9 tahun experince in early child educations utk sek china.seorg mualaf sejak 5 tahun lepas. Nampak iklan tadika ini 2 bulan lepas apply dan terus dilantik jadi principal oleh ownernya. Alhamdulillah.
Cepat atau lambat,sukar atau mudah terus berusaha dan meminta padaNya . Semoga impian umi tercapai suatu hari nanti. Insyaallah.Amin
Wednesday, December 5, 2012
Berjaya
Alhamdulillah umi berjaya sampai ke destinasi yg dituju..1 jam awal. Sebenarnya harini umi ada kursus di shah alam. Umi nih mmg failed jln ke sana.dah 4juta kali pegi s alam pon x pernah nak ingat jalan.huuu.punyalah turun awal 6.50am,siap dgn google map,waze dan peta baba. Last2 direction peta x sempat nak tengok,waze pon ntah apa2,harapkan ingat pesanan baba roundabout amik pukul 12, ntah berapa byk roundabout kena lalu. Waze plak dok suruh amik 1st exit. Umi terus je ikut yg baba bgtau. Nah sekarang umi berjaya sampai tanpa sesat. Alhamdulillah
Tuesday, December 4, 2012
Poster
Harini umi mula buat operasi menanggalkan poster2 dalam kelas. Tak sangka setahun dah menghuni bilik nih. Sedih pulak masa tanggalkan setiap poster tuh. Setiap satunya ada kisah tersendiri. My home..umi dapat idea masa tgh belek2 buku Alya. Ada gambar Rumah saya. Terus umi yg tak berapa pandai melukis nih tiru lukisan tuh. Nasib nampak lah jugak gambar rumahnya,
Transportation song- idea dpt masa weekend. Sambil tunggu anak2 main kat playground umi printscreen gambar2 transport tuh dari you tube lagu tuh. Habis umi kena gigit nyamuk kat taman masa tuh. Tengah malamnya bila anak2 tidur umi tulis liriknya. Hari isnin buka sekolah terus umi ajar. Memandangkan lagunya agak panjang umi tak expect student akan hafal lagu nih. Tapi diorg ni hebat2 semua siap boleh nyanyi dan hafal lagu tuh. Masa parents meet ada parents yg cakap macam tak percaya anak diorang boleh baca script lagu english tuh. Umi senyum je...dalam hati bangga pon ada. Kui2. Lagu tuh jugak umi pilih sebagai lagu untuk Year end concert class umi. Tu belum lagi cerita macamana dapat idea utk movement lagu tuh. Now almost all students kat school nih dah hafal lagu tuh siap dgn movementnya. Rasa puas hati:-D
Monday, December 3, 2012
Cuti sekolah
Masa cuti sekolah ni Adam dan Alya seronoklah. Pergi sekolah x payah mandi pagi,main,makan,tidur,jumpa kawan2. Aqil je lah masam muka tak dapat ikut umi pergi school.
Semlm pergi ambil stok buku dgn uniform dgn kak M. Harap persiapan untuk tahun depan dapat siap awal. Baru tak kelam kabut.
Sunday, December 2, 2012
Chess
Ni favourite game Adam sekarang. Beli dekat Pustaka Seri Intan masa balik Kelantan haritu. Tak sangka pula dia pandai main. Katanya belajar dari game kat handset.
Saturday, December 1, 2012
Budak sekolah
Balik Jusco Baba suruh Adam try baju,seluar,kasut dan stokin.Alhamdulillah semuanya padan. Masa beli tadi tak sempat try betul2 sebab Adam meragam nak beli biskut oreo dari vending machine. Huuu.
Lepas ni nak kemas almari baju Adam. Kena organize betul2 baru tak kelam kabut nak pergi school nanti. Pagi Adam akan ke sekolah agama masuk jam 7.30pagi. Lepas tu balik dgn van jam 10.30 pagi. Oh van Pak Mus tak confirm betul2 lagi nih.
Barang sekolah
Harini pergi beli barang kelengkapan sekolah Adam nak masuk darjah 1 kat Jusco. Besar dah anak umi . Beli baju sekolah 3 helai,seluar sehelai,haritu dah beli 1,kasut sepasang,stokin,singlet,sampin utk kafa dan kapur kasut. Tinggal lagi baju melayu utk sekolah kafa
Malaysia vs Indonesia
Tadi Adam dgn Baba ke stadium bukit jalil tengok Malaysia lawan Indonesia.Berbaloi, menang 2-0. Berbaloi2 sebab baju dan tiket disponsor adik ipar. Umi lepak di rumah adik ipar tengok Istanbul Aku Datang..hmm x de lah best pon cerita tuh.
Friday, November 30, 2012
Boleh pon
Harini berjaya pon post entry dari phone ni. Semalam asyik fail je. Ingat x boleh guna. Lepas ni boleh selalu update blog.
Tengah susukan Aqil. Kejap lagi nak pegi school utk pendaftaran students.Alhamdulillah permintaan utk masuk school ni sangat menggalakkan.
Bestfriend Adam
Ni Adam dgn bestfriendnya Aqil Umron. Diorang memang tersangat close. Bila beli benda mesti nak bagi jugak kat Aqil. Harini last day Aqil kat sekolah nih.Adam bagi hadiah tabung kat Aqil. Touching plak tengok diorang bila nak berpisah nih.Moga persahabatan mereka terus berkekalan.
Saturday, March 3, 2012
jalan jalan putrajaya
Semalam awal2 pagi lg dah bangun.anak2 semua bersemangat nak pergi swimming.masuk pukul 9am.best sebab x de org pun lg time tu.
Semua main sampai menggigil2 sejuk,hehe
Selepas tu jalan ke pantai sebelah.tak sangka ada pantai buatan kat situ. Pemandangan cantik dan budak2 bolehla main2 pasir.
Lepas penat swimming dan jalan2 pergi makan nasi ayam kg,gulai kawah,ikan percik,kerabu salom n kerabu mangga.sgt best!
Balik rumah ummi dan baba tidur.bila bangun tgk kat bawah dah habis rak tv dikerjakan adan n alya.hadoiii
Petang buat donut.tamatlah 1 hari sabtu bersama famili.dan mlmnya aqil demam.
Saturday, February 25, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Little Caliphs
Sekarang Ummi dah bekerja di Little Caliphs.Alhamdulillah, Ummi gembira dengan kerja Ummi sekarang.Apalagi bila dapat melihat anak2 di depan mata.Dapat juga berbakti sedikit untuk anak2 yang lain.
Ok dipendekkan cerita hari Rabu adalah hari sukan.Jadi students akan bermain di luar sehingga waktu makan.Selepas itu mereka akan masuk ke kelas untuk aktiviti art and craft. Petangnya untuk day care children, akan buat little chef.Insyaallah.Ok nak pergi prepare utk little chef. Bye
Nak upload pic tapi x lepas2 gak nih.next time lah.








